SK TANG LAPADAN

Laman Blog Rasmi SK Tang Lapadan

1.3.6 : Bahagian Ko-Kurikulum

 

Carta Organisasi Bahagian Ko-Kurikulum

 

Program Pembangunan Ko-Kurikulum

Dalam tempoh tiga tahun (2007-2009) SK Tang Lapadan telah menghasilkan beberapa pencapaian dalam bidang ko-kurikulum dengan pencapaian yang membanggakan. Ini dapat dilihat daripada beberapa orang atlet yang mewakili daerah Lawas (Ronnal Philip 2009 – Pingat Emas Acara 100m dan 200m dalam sukan olahraga MSSRD 10TKB, Jude Phillip 2009 – Pingat Emas acara 200m sukan olahraga MSSRD 11TKB, Vanessa Grace Padan 2009 – Pingat Gangsa dalam acara lompat tinggi dan lompat jauh sukan olahraga MSSRD 12TKB), Pasukan Bola Jaring 2009 – Johan Daerah Lawas), Bahagian Limbang (Pasukan Bola Jaring 2009 – Naib Johan Bahagian Limbang) dan Peringkat Negeri (Craswell Balang 2007 dan 2008 – Penjaga Gol Pasukan Bola Sepak Piala Perak  mewakili Bahagian Limbang ke peringkat negeri, Jude Phillip 2009 – Pemain Pertahanan Pasukan Bola Sepak  Piala Perak  mewakili Bahagian Limbang ke peringkat negeri.

Selaras dengan usaha sekolah bagi mencungkil dan menonjolkan bakat murid-murid dalam bidang tarian tradisional sebagai kebitaraan sekolah maka murid-murid telah dilatih dan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tarian dan kebudayaan sama ada di peringkat sekolah mahupun peringkat daerah. Pencapaian yang membanggakan ialah apabila pasukan tarian tradisional sekolah telah dijemput untuk membuat persembahan ke Majlis Penutupan RIMUP peringkat daerah Lawas pada tahun 2009.

Pencapaian yang membanggakan ini datangnya daripada komitmen guru-guru yang telah dilantik serta mampu menjalankan tugas serta tanggungjawab sebagai pembimbing dan jurulatih. Selain itu program sukan yang terancang mampu melahirkan atlet yang berketrampilan serta berdaya saing tinggi. Ini dapat dilihat daripada penyertaan mereka dalam MSSR Daerah, Bahagian dan Negeri. Bukan setakat penyertaan tetapi pencapaian yang membanggakan dapat disumbangkan.

Justeru itu, diharapkan pada masa-masa yang akan datang

penampilan wakil sekolah dalam bahagian ko-kurikulum ke peringkat yang lebih tinggi dapat  dicapai melalui komitmen, kerjasama padu, program yang berterusan serta terancang bagi menaikkan lagi imej sekolah ini dalam bahagian ko-kurikulum.

 

Aktiviti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: