SK TANG LAPADAN

Laman Blog Rasmi SK Tang Lapadan

1.3.5 : Bahagian Hal-Ehwal Murid

 

Carta Organisasi Bahagian Hal-Ehwal Murid

 

Program Pembangunan Sahsiah Murid

Bagi memantapkan dan memperkasakan sahsiah murid ke arah yang lebih positif dan berterusan, pihak sekolah telah menjalankan program seperti berikut; Program Kem Kepimpinan Pengawas yang bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang pengurusan masa yang betul bagi murid-murid yang terlibat. Impaknya ialah pengawas sekolah lebih berketrampilan dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka.

Program Kem Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dengan harapan menanamkan kesedaran serta kewujudan pelbagai kaum, agama, budaya serta adat resam tempatan. Ia diterjemahkan melalui aktiviti Kebudayaan dan Sukan Rakyat. Akhirnya murid mengetahui budaya masyarakat setempat dan dapat mempelajari pengalaman yang baru.

Program Kem Motivasi dan Jati Diri yang telah dilakukan bagi melahirkan serta menanam semangat berdikari, keyakinan, semangat juang, serta kekentalan diri yag tinggi untuk mencapai kejayaan walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Intisari aktiviti bagi menzahirkan tujuan ini ialah seperti ceramah, riadah, dan pengurusan masa bagi diri murid. Lantaran itu murid lebih bermotivasi dan mempunyai ketahanan diri bagi menghadapi UPSR.

Program lain yang menyokong ke arah memperkasakan sahsiah dan kemenjadian murid ialah Program Kerohanian dan Riadah yang bertujuan menanam nilai murni dalam jiwa murid-murid tentang ketuhanan  dan mewujudkan suasana mesra serta sihat melalui aktiviti senggang antara guru-guru dan murid-murid. Impak kemenjadian murid ialah peningkatan tahap kerohanian dan kesedaran murid serta mengelakkan meraka daripada melakukan perkara-perkara negatif, di samping meningkatkan kecerdasan murid.

Belia Benci Dadah! Sekolah juga telah mejalankan Program Antidadah bagi mewujudkan kesedaran tentang bahayanya dadah melalui ceramah-ceramah, aktiviti melukis poster dan pidato. Akhirnya murid mendapat pendedahan berkaitan bahaya dadah kepada kesihatan tubuh badan.

Kesimpulannya, segala jerih payah dan usaha yang berterusan daripada semua pihak dan sokongan daripada PPD Lawas telah memberi impak besar kepada semua pencapaian sekolah ini. Gaya kepimpinan dan urus takbir yang baik serta efektif adalah faktor penyumbang kepada penciptaan kejayaan ini. Sebagai sekolah  berstatus Sekolah Harapan, tanggungjawab ini harus digalas dengan kuat dan perkasa. Sokongan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan sepanjang masa. Ini sesuai dengan visi sekolah; SK Tang Lapadan Cemerlang Menjelang 2010. Visi ini diterjemahkan melalui misi sekolah iaitu Memberi Pendidikan Terbaik Kepada Semua Murid Untuk Melahirkan Warganegara Yang Berkualiti Berdasarkan Falasafah Pendidikan Kebangsaan.

 

Aktiviti

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: