SK TANG LAPADAN

Laman Blog Rasmi SK Tang Lapadan

1.3.4 : Bahagian Akademik

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Carta Organisasi Bahagian Akademi

 

 

 

Program Pembangunan Kurikulum

 

Dalam usaha sekolah meneruskan kelangsungan pencapaian prestasi cemerlang dalam kurikulum, pelbagai program dilakukan. Setiap program telah memberi impak positif yang besar dan yang dikehendaki. Antara program yang dijalankan ialah Program Insentif UPSR Tahun 6 pada tahun 2009, dengan tujuan meningkatkan prestasi kecemerlangan Gred A dalam UPSR telah pun berjaya memberi impak dengan peningkatan peratusan UPSR dari tahun ke tahun sama ada peningkatan dari segi kualiti dan juga kuantiti.

Program Anak Angkat Tahun 6 juga merupakan satu program yang menyumbang kepada kejayaan ini. Program ini memberi bimbingan, tunjuk ajar serta keyakinan kepada murid-murid secara berfokus berdasarkan kemampuan dan kebolehan mereka. Dengan adanya program ini, kelemahan murid dapat dikenalpasti dan tindakan serta langkah pemulihan dapat diambil secara khusus dan berfokus.

Program Kelas Bimbingan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 juga telah dijalankan.  Bagi mencapai kejayaan, persediaan dari peringkat awal amat membantu. Program ini adalah bertujuan meningkatkan prestasi serta pencapaian murid di samping mengatasi kelemahan murid-murid dalam sesuatu matapelajaran dalam UPSR. Kelas ini dijalankan pada waktu petang jam 2.00 petang hingga 3.00 petang, dan  Kelas Malam pada pukul 7.00 petang hingga 8.00 petang. Hasil impak program ini menunjukkan prestasi dan murid dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik. Bimbingan dan tunjuk ajar juga dapat diberikan kepada murid.

Di samping itu, program lain yang turut dilakukan dan dijalankan disekolah ialah Program Cuti-Cuti Belajar, Kem Kecemerlangan 5A dan Program NILAM. Semua program ini telah dilakukan sesuai dengan objektifnya dan memberi kesan yang  baik. Murid – murid telah menunjukkan bakat dan kebolehan mereka. Guru-guru juga telah member kerjasama dan sama-sama bekerja dalam mencapai objektif , visi dan misi sekolah.

 

Aktiviti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: