SK TANG LAPADAN

Laman Blog Rasmi SK Tang Lapadan

1.1 : Sejarah Ringkas Sekolah

“Kelahiran SK Tang  Lapadan”

SK Tang Lapadan atau nama awalnya SRK Tang Lapadan diasaskan oleh Pastor Lawai Asi sekitar awal tahun 1960-an dan berdirinya bangunan sekolah ini adalah atas usaha penduduk Kampung Tang Lapadan. Bangunan terawal terdiri daripada kelas yang menempatkan Kelas 1 sehingga Kelas 5. Dinding bangunan ini dibina daripada buluh manakala atapnya daripada daun sagu. Murid-murid yang bersekolah di sekolah ini terpaksa membawa bekalan makanan untuk seminggu daripada rumah untuk dimasak. Untuk sampai ke sekolah ini pula murid-murid terpaksa menaiki perahu menyusuri sungai selama setengah hari sekiranya air sungai naik. (sungai ini dikenali sebagai Sungai Trusan Sekarang)

Kedudukan sekolah yang berdekatan dengan sungai menyebabkan kawasan ini sering dilanda banjir dan kesan banjir yang paling teruk dirasai pada tahun 2009 yang mengakibatkan kerosakan barangan sekolah. Pada tahun 1965, bangunan sekolah ini telah dibina semula. Dinding bangunan sekolah ini telah dibina menggunakan papan. Pada ketika itu, murid-murid yang bersekolah di sekolah ini datang dari Kampung Tang Sango, Beriwen Kito, Tang Lapadan, Long Sebulu, Puru Sia, Long Sebatu, Bukit Batu, Beriwen Tengah dan Long Bidang. Bilangan murid ketika itu adalah sekitar 62 orang dengan tenaga pengajar seramai 6 orang sahaja.

Kini, tahun 2010 sekolah ini mempunyai dua belas (12) orang tenaga pengajar dan seramai empat puluh tujuh orang (47) murid, 9 orang staf dan 4 orang pekerja swasta. Kelangsungan pendidikan diteruskan oleh para guru dalam memandu anak didik ke arah kecemerlangan kependidikan. Berdasarkan urutan, jadual di bawah menunjukkan senarai Guru Besar yang pernah dan sedang perkhidmata di SRK/SK Tang Lapadan Bermula Pada Tahun 1960 – 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: