Program ini telah diadakan pada 3 hingga 5 april 2018. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan teka silang kata, membaca buku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan lain-lain lagi.
Perasmian English Gallery & One Stop
Majlis ini tlah dirasmikan oleh Encik Awang @ Ibrahim Bin Ahmad, Pegawai Pendidikan Daerah Lawas pada 28 April 2017.
Lawatan Wakil JPN Sarawak
Kami sangat berbesar hati dengan kedatangan daripada wakil JPN Sarawak iaitu Ustaz Asmadi dan Encik Anwar. Kami warga SKTL berasa sangat bertuah atas kedatangan tuan-tuan kerana sedikit sebanyak dapat membimbing kami dalam hal-hal pengurusan pendidikan Malaysia. Murid-murid tahun 6 2016 juga sangat bertuah kerana diberi insentif tambahan daripada pihak JPN kerana berjaya memcapai keputusan... Continue Reading →
Lawatan 2016
SKTL sekali lagi membuat lawatan ke Sabah untuk tahun 2016. Tempat yang dikunjungi sudah pasti tempat pilihan para pelancong iaitu KUNDASANG. Warga SKTL turut melawat tempat-tempat lain seperti Ranau serta sekitar Kota Kinabalu. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang lawatan ini seperti melawat ke Dairy Farm, ladang lembu, mandi air panas di Poring dan melawat ke Taman... Continue Reading →
Mesyuarat PIBK
Mesyuarat PIBK dijalankan dalam suasana yang sederhana. Kehadiran ibu bapa amat memberansangkan terutamanya daripada golongan bapa.
Redraw Logo Sekolah
Memandangkan logo sekolah sebelum ini mempunyai pixel yang sangat rendah, logo SKTL dilukis semula supaya dapat menggunakan pixel yang lebih tinggi. Bagi saya, redraw logo ini perlu disebabkan imej sudah tidak jelas sehinggakan tulisan seperti motto sekolah sukar untuk dibaca. Tujuannya adalah untuk memudahkan semasa membuat banner, sebagai letterhead dan sebagainya. Di sini saya sertakan... Continue Reading →
Hari Sukan Negara 2016
Hari Sukan Negara 2016 bakal diadakan pada 8 Oktober 2016 seluruh negara. Juga tidak ketinggalan SKTL. Pelbagai aktiviti bakal diadakan. Sama-sama kita memeriahkan aktiviti ini. 😀
LAWATAN MURID TAHUN 6 KE SABAH, 2010
Terdapat seramai 9 orang murid tahun 6 bagi tahun 2010. Meneruskan tradisi seperti di tahun-tahun yang lepas, aktiviti lawatan murid-murid tahun 6 selepas selesai ujian UPSR mereka diteruskan lagi di tahun 2010. Antara tujuan program lawatan ini dijalankan ialah antara lain untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang realiti kehidupan di luar sana yang penuh dengan... Continue Reading →
Farewell Gathering for Cikgu Biker. Jasamu dikenang!
Majlis Perpisahan Cikgu Biker Tarikh: 18/11/2011 Tempat: Anita Tomyam - Lawas Riverside - Hotel Seri Malaysia Majlis ini diadakan bersempena dengan perpindahan Cikgu Biker ke sekolah barunya iaitu SK Semban, Kuching pada sesi 2012. Kami warga SK Tang Lapadan mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan Cikgu Biker sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah ini. Selamat maju... Continue Reading →